Wednesday, October 29, 2008

Gambar Aku

Ni plak gambar aku yg paling aku suka... gambar ni aku ambik masa blaja kat UTM jln semarak dulu... masa tu umo aku 20 thn... (mlm sebelum ambik gambar ni tersalah tido... kepala teleng skit...)

Gambar Ichiro

Ni plak gambar anak lelaki aku yg paling aku suka... umo dia masa tu 3 thn... (ichiro sedih pasal dia ingat dapat keta mainan tapi dapat surah yasin dalam plastik tu...)

Gambar Hitomi

Ini adalah gambar anak aku yang paling aku suka....masa ni umo dia 4 tahun... (hitomi... mulut tutup... nanti kelawar masuk...)

Syarikat Takaful No 1 Di Malaysia 2007

kami memahami kami prihatin

Teka-teki

Tak tahu apa aku nak share ngan you all hari ni... cuma aku ada nak bagi teka-teki kat korang... lagipun untuk menguji minda korang yang dah penuh sesak dengan masalah sebelum ni... so kita release sikit...

Teka-teki dia camni... selalunya kan penyelam... masa dia terjun ke laut dari bot... dia akan terjun ikut blakang... macam gambar kat bawah ni...

Soalannya... kenapa penyelam tu x terjun ikut depan macam ni??????

gambar kat atas ni dilukis menggunakan kaki kiri... tu pasal x cantik...

Monday, October 27, 2008

Outstation

gambar di atas aku ambik masa aku kat dalam helikopter tempoh hari...

Bulan ni aku datang lagi ke Penang... dengan seribu harapan... dengan semangat jihad... dlm menegakkan muamalat islam... dan sambil2 melawat negeri yg di perintah oleh seorang ketua menteri bukan islam yg meletakkan Khalifah Umar Abd Aziz sebagai idolanya...

4 hari aku kat sini sempatla jumpa 3 org kawan skolah aku dulu... sempat la berborak sambil pekena sani char ku teow... layan beb... sedap ku teow dia... kalau kt KL jgn harap nak jumpa cam tu... tambah2 lagi klu kat africa... lagilah x jumpa...

Happy Deepavali

Kepada kawan2 aku yg beragama Hindu... Selamat hari Deepavali... sorry x dapat pegi umah pasal kena kerje... tlg simpan maruku utk aku...

My No

019-2404965

Sebelum aku pergi lebih lanjut lagi... di atas adalah no hp aku... boleh call aku anytime... 24 jam sehari... apa2 tujuan kecuali kalau nk pinjam duit sahaja... kalau nk pinjam duit jugak boleh call no ni... 012-9796809... diaorg akan selesaikan masalah kewangan anda... (no yg warna kuning tu no along...)

Opening Ceremony


Dengan nama ALLAH Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... aku dengan ini merasmikan blog aku yang ke-berapa tah... tapi blog aku kali ini lebih kepada karier aku sebagai Wealth Planner... Namun begitu blog ini tidaklah terlalu skima bahasanya...aku tetap seperti dulu... cuma bertambah hensem... dan walaupun masa aku sentiasa tak mencukupi walaupun diberi sehari 42 jam... namun aku akan cuba update blog aku ini sekerap yang mungkin... jadi kepada sapa2 yg dah habis baca ni bolehlah terus ke dewan jamuan bg menikmati hidangan yg telah disediakan oleh pihak penganjur sempena majlis pembukaan blog ini... selamat menjamu selera... (kalau tak jumpa dewan... sila balik ke rumah dan masak sendiri...)